Nama saya Aqid Rafiq bin Razali. Hari ini Aqid nak bercerita tentang pengalaman Aqid melancong ke Langkawi, Kedah.
Pada 20/05/2009 – 22/05/2009, Aqid bersama papa & mama telah bercuti ke Langkawi sempena besday mama iaitu pada 20th May. Ini merupakan kali pertama Aqid menaiki kapal terbang..alhamdullilah..dalam usia yg masih mentah, Aqid dah rasa naik flight..tapi Aqid tak tahu nak sebut kapal terbang atau pun aeroplane…so, Aqid hanya tahu sebut “airpen”..hik..hik..hik…takperlah, nanti bila Aqid dah besar Aqid mesti pandai macam mana nak sebut kapal terbang atau pun aeroplane..
Masa di Langkawi, Aqid tak dapat pergi ke semua tempat menarik kerana kesuntukan masa dan cuaca yg tak mengizinkan sebab hujan di sebelah pagi dan ada juga hujan di sebelah petang..Maka, ini adalah antara tempat-tempat yang Aqid sempat lawati.
Masa di Langkawi, Aqid tak dapat pergi ke semua tempat menarik kerana kesuntukan masa dan cuaca yg tak mengizinkan sebab hujan di sebelah pagi dan ada juga hujan di sebelah petang..Maka, ini adalah antara tempat-tempat yang Aqid sempat lawati.
Pantai Chenang
Awana Porto Malai
Tanjung Rhu
Pantai Pasir Hitam
Makam Mahsuri
Dataran Lang
Gondola/ Cable Car – Gunung Mat Cincang
Underwater World Langkawi
Okaylah ya, setakat tu sajer cerita pasal Aqid di Langkawi. Aqid tak pandailah nak cerita panjang-panjang. Tengok gambar jerlah ya...
Ini masa Aqid kat Langkawi airport. Aqid tengah bosan menunggu nie sebab flight delay. Sepatutnya departure pukul 2.15 petang, tapi postpone ke pukul 3.30 petang. Nak jenjalan keluar tak boleh sebab kereta sewa dah pulangkan. So, terpaksalah duduk menunggu di airport nie..Ok, setakat ini sajer. Jumpa di lain masa. Babay semua..