Monday, August 25, 2008

2nd Anniversary - 19.08.2008

19 Ogos 2008, genaplah 2 tahun usia perkahwinan mak dara. Cuma beza 2 hari dari tarikh perkahwinan Siti Nurhaliza (21 Ogos 2008).hehehe…macam glamer lak sebab tarikh kahwin dekat2 dgn celebrity punya tarikh kahwin. Mula-mula plan nak sambut anniversary nie dengan candle light dinner. Yalah tahun lepas makdara sambut anniversary ketika dalam pantang bersalin. So, kiranya nielah 1st time nak sambut kat luar. Ingat nak makan kat Federal Hotel, Bukit Bintang. Kenapa mak dara nak makan kat sana? Sebab ada restoren berputar, alah macam kat KL Tower tu…Bila mak dara beri cadangan ni kat hubby, jawapan dia adalah “tak nak bawa Aqid ke? kesian dia kena tinggal”..emmm…so tukar programlah…daripada dinner kat hotel kepada makan kat Bora Ombak, Ampang. Daripada nak sambut pada 19 Ogos, tukar kepada 23 Ogos..sebab weekdays leceh sikit..nak kena ambil Aqid kat nursery dulu, pastu baru leh gie makan…nak layan jem lagi…uuii..tak kuasalah mak dara..dahlah last week makdara puasa straight sebab puasa tak habis ganti lagi..

So, pada petang Sabtu 23 Ogos, pukul 5.30 petang kitaorg keluar dari rumah menuju ke Bora Ombak melalui Bukit Ampang, walaupun petang Sabtu tu hujan, tapi kitaorg tetap teruskan plan kitaorg..Sebenarnya makdara & hubby memang tak pernah gie Bora Ombak nie…maka pada petang Sabtu tu mak dara & hubby ala-ala macam masuk treasure hunt mencari di manakah Bora Ombak…kih…kih…maka makdara telah meminta bantuan dari makdara yg duk di Damansara tentang lokasi Bora Ombak..Akhirnya kami sampai di Bora Ombak pada pukul 6.30 petang..

Mula-mula macam nak duduk di pondok-pondok di luar restoren tu..tapi sebab hari hujan, maka makdara boleh duduk di bahagian dalam restoren jer..Masa makdara & family sampai, hanya ada sepasang kekasih melayu yang duduk di bahagian tengah-tengah restoren..suasana dalam restoren memang romantic habislah..dan perbualan antara pasangan kekasih tu macam dengar tak dengar jer…yalah duduk pun rapat-rapat..tapi keromantikan diaorang terganggu dek suara si Aqid..hehehe…mesti diaorang tensionnyer..

Makanan kat sana okaylah..Makdara order chicken chop & hubby order sizzling mee…sebenarnya hubby makdara kena makan yang lembut-lembut jer sebab hari jumaat tu dia baru lepas cabut gigi..so, pilihan terbaik adalah makanan yang berunsurkan mee…itupun daging-daging yang ada dalam sizzling tu takleh makan sebab gusi rasa sakit lagi.. Tapi suasana dalam restoren tu memang cantik dan romantic..Pukul 7.30malam, makdara & family meninggalkan Bora Ombak. Masa keluar dari Bora Ombak tu, couple tadi tu masih ada lagi dan takder customer lain selain daripada mereka..so, bolehlah mereka sambung semula suasana romantic…hehehe…

Doa dan harapan makdara moga hubungan perkahwinan makdara & hubby berkekalan hingga ke akhir hayat..Moga kasih dan cinta antara kami subur dan sentiasa berkembang. Moga dirahmati Allah. Amin.









al fatihah-ibu mertua

16/8/2008.....
Jam 9.00 am aku sekeluarga tengah bersiap-siap utk bertolak ke jerantut ada kenduri kahwin pak sedara husben... sure ramai kaum kerabat kat sana... dah siap booked hotel kat sana nanti sbb umah dia mmg tak muat kalo ramai2 cam gitu.... anak2 pun excited bebenor nak pegi sana... maklumlah cuti sekolah dah start kan....

jam 9.30 hp berbunyi,,, dan dpt berita yg ibu mertua tiba-tiba tenat... Ya Allah.. kelam kelibut dibuatnya... terus kakak ipar yg duk balakong pun sampai tak lama lepas tu dgn anak sedara sorang tu... lepas tu lak biras yg duk seremban lak call otw nak sampai dah nak tumpang gak... nasib baik naik NAZA... blh sumbat semuanya cam gitu.... then kul 10.30 kitorg pun dgn lajunya memecut balik ke kelantan... tp otw dpt call yg kata ibu mertua cam stabil sikit... dah dgr cam gitu semua agak lega sikit dan sempat berhenti Merapoh isi perut yg berkeroncong tak makan dari pagi td....kesiankan tak makan apa pun especially anak2 ler cuma makan roti dlm kete...... lepas dah kenyang,,, teruskan perjalanan dan sampai kat Kuala Krai dpt call lagi kata tenat semula.... apalagi husben pecut cam tak hingat2 ler...

Sampai kat Hospital Kubang Kerian jam 5.30 ptg.... terus ke wad 8 Selatan.... menuju ke katil ibu mertua ku.... mengalir air mata melihat keadaannya ketika itu... bisikan kata2 ditelinganya... mmg dia masih mendengar cuma tak dpt berkata2.... mmg sedih saat itu... di kelilingi anak2 dan saudara mara.... bacaan Yassin juga turut berkumandang.... pukul 6.30 aku masuk surau kejap nak nyusukan anak lak.... dah tu kul 7.00 gitu pergi semula kat katil ibu mertua... tgk suasana agak kelam kabut... naper nie??? Ya Allah... ibu mertua tgh kritikal.... dan akhirnya jam 7.20 beliau telah menghembuskan nafasnya yg terakhir sejurus sebelum azan maghrib berkumandang... Innalillahiwa'innahiroji'un.....

Suasana di saat itu mmg amat2 memilukan... aku yg cuma menantu pun dah bengkak mata apatah lagi anak2 nya termasuklah suamiku... tersentuh hati melihat dia mengucup ibunya yg telah pergi buat selamanya... aku turut sama mengucupnya...

Selesai urusan di hospital, jenazah di bawa pulang ke rumah menaiki van jenazah... husben ku yg mengiringi jenazah di dalam van itu... aku dgn anak2 lak mengikuti dari belakang... sesampai di rumah... ramai saudara mara, jiran tetangga dan org2 kg yg telah menunggu... tambah pulak arwah mmg seorang yg sgt disenangi ramai..... malam itu tidak putus2 kedenganran bacaan ayat2 suci dan bacaan Yassin oleh mereka2 yg tak henti2 dtg dan pergi menziarah arwah.... dan jenazah akan dikebumikan keesokannya kerana ada permintaan dari adik dan sorang lagi anak arwah yg akan sampai awal pagi esok....

pukul 11.00 mata nie cam dah nak terkatup sesgt... husben lak suruh gi rehat kat umah kakak dia.....so angkut anak2 semua gi umah kakak ipar sebelah jer dgn umah mertua.... baru letak kepala kejap jer terus terlelap.... tp tetiba dekat kul 12 mlm, anak yg kecik tu nangis... meraung-raung... Ya Allah... meremang bulu roma tika itu... mmg seumur hidupku tak pernah alami benda2 mistik nie... macam2 aku dan husben dah try buat dan baca tp still tak diam gak... akhirnya, ada sorang ustaz dipanggil dan selepas dia baca2 dan libas kain kat badan anakku,,, barulah dia tidur dgn lenanya... kesian tgk dia... terus tak jaga2 langsung mlm tu.... sampai ler pagi esok baru dia bangun dan alhamdullilah semua okey...


17/08/2008.....

pagi2 lagi dah ramai org membanjiri perkarangan rumah utk menziarahi arwah utk kali terakhir.... semua urusan berjalan lancar dari memandikan, mengkafan dan sembahyang jenazah.... tp saat paling tidak dapat dilupakan ketika saat dipanggil semua yg terdekat utk memberi kucupan terakhir... sedih sekali... masa tu lah ku lihat husben menangis semahunya.... tak pernah kulihat sebegitu tangisannya... tersedu-sedan dia... ku cuba tenangkannya seboleh mungkin... moga dia tabah dan redha dgn ketentuan ini... dan akhir sekali pada jam 11.30 pagi jenazah di bawa ke tanah perkuburan dan sekali lagi ku lihat suamiku yg bertungkus lumus di dalam liang itu menyambut jasad ibunya dari dalam... pengorbanan terakhir seorang anak..... selesai bacaan talkin, semakin ramai yg meninggalkan kawasan itu dan suamiku menyuruh aku pulang dahulu dgn kedua org tuaku...sbb dia masih nak berada di sana... biarkan lah dia... aku memahaminya... menghampiri zohor barulah ku lihat kelibat suami ku pulang dgn muka yg sugul... aku memberi kata-kata semangat utk dia menghadapi hari2 mendatang....

Akhirnya semua urusan telah selesai tp aku tetap menemani suami sehingga seminggu dikampung... tambah pulak hari keempat suamiku tiba-tiba demam dan berjangkit pulak kat aku demamnya itu... tp alhamdullilah semua dah kembali sembuh....

23/8/2008

Setelah seminggu di kampung,,,, maka kami pun pulang semua ke kl dan kenangan bersama ibu mertua tetap segar diingatan.... dialah satu2nya ibu mertua ku yang paling baik dan mmg aku tak pernah terasa kecik hati sepanjang menjadi menantunya.... semoga dia memaafkan segala kesalahanku selama ini... Akhir sekali kupanjatkan doa semoga ibu mertua ku MAS BINTI MUDA ditempatkan bersama-sama orang-orang yg beriman...Al-Fatihah.....

Friday, August 8, 2008

penantian...

berkeriuk-keriuk bunyi perut mak dara tika dan saat ini... penantian satu penyiksaan... kalo ikut jadual asal kul 12... skrg kul 11.45.... mana nie... tak sampai2 lagi nie... tersiksa jiwa raga dibuatnya.... tunggu apa eekk???? hahahaha... tunggu sate... yihaaa... ari nie mak2 dara kat Damansara ada makan2 sate... mak dara kat Tun Razak n Phileo tunggu tgk gambar jer la yer... hahahahaha(gelak bagi org tensen)... jgn maree aaaa..... sapa belanja???? isssyyyhh... sapa lagi kalo tak OKB kiter... nenek dara ler yg menang RM10k masa annual dinner tu... akhirnya sampai gak hajat nenek dara nak belanja satu ofis.... tp persoalannya dimanakah sate itu skrg???

Wednesday, August 6, 2008

kenangan sedih

Petang cenggini mak dara rasa bosan sgt2… then masuk blog org tu… org nie…tak kiralah kenal ker tak empunya blog tu.. belasah jer…. biasalah nak abiskan masa free nie kan…. masuk ler satu blog yg mak dara sendiri tak kenal siapakan empunya gerangan tu.. tp yg buatkan mak dara terharu dan hiba bila dia ceta pasal dia pernah kehilangan anak dan anak tu masih kecik lagi.. baru 5 bulan… tetiba ingatan mak dara kembali pada kenangan silam mak dara kira-kira 2 tahun yang lepas… mak dara pernah kehilangan jugak.. nak panggil baby ker janin kurang pasti la pulak… tp masa tu tgh ngandung 5 bulan gitu… ntah kenapa hari tu tak rasa pergerakan baby sgt dlm perut tp buat derk jer sbb sblm tu masa gi check up doc kata baby kecik sbb tu tak rasa sgt…. So ingatkan sbb tu ler kan… hinggalah masa ada bleeding sikit2 gi check… dipendekkan ceta.. lepas buat ujian itu, ini, scan dan segala macam test… akhirnya berderai jua airmata bila doctor mengesahkan baby dah tak bernyawa lagi…. Tuhan ajer yg tahu masa tu camana perasaan…. Then terus kena admit dan doc masukkan ubat utk keluarkan baby…. Mlm tu akhirnya lahirlah sekujur tubuh yg amat kecil tp tidak bernyawa lagi… sekali lagi airmata mengalir laju…. Tambah sayu bila tgk husben yg gagah perkasa pun sesama nangis gak… doc byk tenangkan hati masa tu…. Siap cakap… sebenarnya ini semua ada hikmah sbb kalo dia terus membesar kemungkinan dia tak sempurna samada fizikal atau mental…. Ntah lah.. akhirnya mak dara redha dengan ketentuan Ilahi…. esoknya dah blh kuar dari wad dan baby pun dibawa bersama dan abah mak dara dan husben bersama abg2 mak dara telah menguruskan jenazah dengan sempurnanya… dan dikebumikan dia tanah perkuburan berhampiran dgn umah mak dara….

tp alhamdullilah… sekurang2nya skrg mak dara dah ada 3 hero…. 2 sebelum kejadian nie dan sorang lagi setahun lepas kejadian ini…. Alhamdullilah….

Nak attached tak gambar baby??? Serba salah rasanya,,.. tp utk kenangan abadi mak dara beranikan diri attached gak ler…




Tuesday, August 5, 2008

Besday Aqid Rafiq Razali

Diam tak diam dah setahun berlalu. Pada 31 Julai 2008, genaplah anak mak dara berusia 1 tahun. Rasanya macam baru semalam aje mak dara kecoh nak bersalin. Bila diimbas kembali setahun yang lalu, 30 Julai 2007 (Isnin), mak dara berkerja macam biasa. Baru saja menyiapkan interim report 2007. Petang tu, macam biasa lepak kat KLCC sebab kena tunggu hubby. Sementara tunggu hubby tu, teringin nak makan KFC. So, masuk KFC dan makan sorang-sorang. Tak lupa tapau KFC untuk hubby sbb mak dara memang malas nak masak. Sampai rumah lebih kurang pukul 9.00 malam. Macam biasa, mandi dan lepas tu lepak tengok tv. Lepas tu masuk tidur. Pukul 3.00 pagi, mak dara terjaga sebab kucing mak dara yang bernama Tom nak makan. Tom ni memang pelik sikit. Pepagi buta pun dia nak makan, macam nak bersahur pula. Pastu cara dia kejut pula, memang sure mak dara akan terbangun punya ler sebab dia akan mengiau dekat telinga mak dara. Satu hobi si Tom nie ialah suka duduk atas perut mak dara. Bayangkanlah dengan perut mak dara yang memboyot tu, boleh dia landing atas perut mak dara. Berbalik kepada peristiwa pagi 31 Julai tu, mak dara pun menuju ke dapur dan memberi makan kepada Tom. Kemudian mak dara kembali ke bilik tidur. Bila mak dara nak baring jer, mak dara terasa ada air mengalir di peha mak dara. Mak dara kejutkan hubby mak dara dan beritahu dia apa yang berlaku. So, kami ambil keputusan yang mak dara kena pergi hospital sebab dah keluar tanda2 nak bersalin. Lebih kurang pukul 6.30 pagi, mak dara kena register kat wad. Mak dara takder rasa sakit nak bersalin pun, tapi rasa sakit pinggang sikit2 tu adalah. Pukul 3.00 petang mak dara dah kena masuk labor room sebab dah buka 3 cm. Tapi, tunggu punya tunggu sampai pukul 11.00 malam, tetap 3 cm jer…Maka, dipendekkan cerita pukul 11.30 malam, mak dara telah diusung ke dalam bilik bedah. Mak dara telah selamat melahirkan insan yang bernama AQID RAFIQ BIN RAZALI pada pukul 11.47 malam melalui kaedah ceaserean. Tak mengapalah yang penting semuanya selamat.

Dikesempatan ini juga, mak dara nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 mak dara yang tak jemu2 cuba memenuhi selera mak dara nie sepanjang tempoh masa mak dara pregnant. Perkara yang paling mak dara ingat sampai sekarang ialah semasa mak dara & sahabat2 mak dara pusing keliling midvalley semata-mata untuk mencari kuih bulan…hehehe sungguh lawak bila dikenang…Lagi sekali mak dara ucapkan terima kasih atas kasih sayang yang sahabat2 semua berikan. Juga, betapa pantasnya korang menuju ke HUKM semata-mata nak melawat mak dara & baby mak dara, walaupun semasa kunjungan kalian, mak dara tak mampu untuk bergerak lagi pun. Ini kerana mak dara terpaksa baring sepanjang hari selepas pembedahan tu. Terima kasih sahabat-sahabatku. Moga kasih sayang dan perhubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat..

So, dibawah nie aksi2 dari anak mak dara untuk tatapan semua.















Friday, August 1, 2008

Bukit Tinggi

Hari ini mak dara macam kekurangan kerja di office, makanya mata mak dara nie teramatlah mengantuknya…Maka, mak dara cuba menulis di dalam blog nie utk menghilangkan rasa mengantuk. Sebelum nie mak dara ada nyatakan bahawa mak dara telah mengikuti company trip ke Bukit Tinggi. Maka, untuk entry kali ni mak dara sertakan gambar-gambar mak dara bersama rakan-rakan ketika company trip. Seawal pukul 6.30 pagi, 3 orang mak dara terpaksa bersedia di office pada 12 Julai 2008 kerana mak dara & geng menyertai treasure hunt. Pukul 7.30 pagi, treasure hunt bermula. Inilah pertama kali mak2 dara menyertai treasure hunt. Kami pusing2 di sekitar damansara, taman tun, batu caves dan terus menuju ke tempat finishing di R&R Genting Sempah, berhampiran McDonald. Penat tak payah nak cakaplah, tapi menghiburkan dan satu pengalaman yang cukup menarik. Kami sampai lebih kurang pukul 1.14 petang. Maknanya mak dara lewat sampai dari waktu yang sepatutnya. Mak dara sepatutnya kena tiba di finishing tepat pada pukul 1.02 petang kerana mak dara telah berlepas pada pukul 7.32 pagi dan masa yang diberi adalah selama 5 ½ jam. Maka, markah untuk mak dara telah ditolak sebanyak 3 markah. Tak mengapalah biar lambat asalkan selamat. Hehehe…















Petangnya pula, kami kena menghadiri telematch a.k.a sukaneka…alah..sukaneka macam budak2 sekolah tu..mak2 dara dgn semangatnya telah menghadirkan diri ke acara telematch tapi hanya salah seorang dari geng mak dara jer yang terlibat…itu pun dalam satu acara aje…yang lain2 sekadar menjadi penyokong…






Malamnya pula, macam biasalah menghadiri annual dinner. Makanan yang dihidangkan…masya-Allah…teramatlah tak sedap…betapa ramai geng2 mak dara yang mengadu sakit perut dan muntah2..Malam tu berapa ramai yang terpaksa bangun 2,3 kali semata-mata untuk mengunjungi Encik TAN..nasib baik mak dara selamat sebab mak dara tak makan sangat…mak dara sibuk dengan camera…tapi 2 geng mak dara lagi kenalah…sebab 2 mak dara nie sapu bersih apa yang dihidangkan…takpelah ya…itu namanya sweet memory di Bukit Tinggi..hehehe.. Persembahan semasa dinner pula, sekadar biasa2 saja…semuanya persembahan dari staff2 company mak dara..nak jimat kos ler tu…tu yang suruh staff jer buat persembahan…conclusion : memboringkan.









Keesokan paginya, selepas breakfast mak2 dara telah berjalan2 di Botanical Garden dan Japanese Village..Komen mak dara pasal 2 tempat nie – biasa jer..takde apa yang menarik sangat..tapi okaylah memandangkan company dah tanggungkan, so janganlah bising2..Selepas tu, kami shopping cenderahati untuk family..Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami bertolak balik..Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Rabbit Park yang hidup segan mati tak mahu tu…Lebih kurang pukul 3.00 petang mak dara tiba dengan selamatnya di rumah. Maka berakhirlah sudah company trip utk tahun nie. Kita tunggu di tahun hadapan, agaknya kat mana pula nak buat trip…Tungguuuu