Showing posts with label makdara's gathering. Show all posts
Showing posts with label makdara's gathering. Show all posts

Monday, February 16, 2009

Makdara's Gathering - part 3

Sebenarnya utk gathering kali ini, makdara Kajang telah bermurah hati utk sponsored lunch geng2 makdara. Sebelum nie, makdara Kajang kata dia nak belanja kitaorang di Burger King. Kami semua memang sangat happy sebab ada orang sudi nak belanja kami. Maka, setelah keluar dari cinema tu, kami semua pun nak menuju ler ke tingkat bawah utk ke Restoren Burger King…tapi, tetiba makdara Kajang kata, “kita masuk sini ler”
Aik? Sudah tukar kaa….Rupa2nya makdara Kajang nak belanja kitaorg di Restoren Cabai…korang pernah dengar tak nama restoren ni? Hehehhee…restoren cabai adalah restoren ini……

Oh! ya, salah seorang dari geng makdara iaitu Makdara Jalan Ipoh hanya dapat menghadirkan diri utk setengah hari. Dia tak dapat join xtvt kitaorg dari awal pagi sebab dia hanya boleh ambil cuti ½ hari demi tuntutan tugas. So, kami hanya bertemu dia di restoren ini. Maka jadi ler berlima lak.
Belek punya belek menu, akhirnya ini ler menu yang kitaorg pilih…

Classic Nachos as a starter

Mushroom-swiss pilihan makdara Damansara
Portabello Chicken pilihan makdara Kajang

Crispy Honey-Clipotle Chicken Crispers pilihan makdara Sg Besi

Sizzling Fajitas- Mushroom Jack pilihan makdara Jln Ipoh

Chicken Crispers pilihan makdara Langat

ini pula air minuman pilihan kami - mango juice, apple juice, pineapple juice & guava juice

aksi-aksi makdara bersama minuman masing-masing...minum jgn tak minum...boleh refill banyak kali...
sedapnya....

smile.....

Selain dari acara makan-makan, kami juga ada suprise utk makdara Damansara & makdara Kajang. Kami ada hadiah utk besday diaorg. Sebenarnya besday diaorg pada bulan December. Kiranya nie belated present ler....Maaf ler yer sebab takder masa nak gie hantar hadiah nie kat korang berdua.

Makdara Kajang bersama hadiah besdaynya

Makdara Damansara bersama hadiah besdaynya

Happy belated besday. Moga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki...aminn...

Sedang kami rancak bergebang sambil makan-makan tu, tetiba kami ternampak seseorang…kenalan lama kami…dia pun baru lepas tengok cerita upin & ipin bersama 2 org anaknya…pastu kitaorg pun invite ler sekali dia join kitaorg…Akhirnya kak ida pun join kitaorg kat chili's nie…

Sebenarnya lama gak kami melepak di Chili's nie…adalah lebih kurang 2 jam. Kami bersurai lebih kurang pada pukul 4.50 petang. Terasa cepat jer masa berlalu…Adat ler, setiap pertemuan pasti ada perpisahan…Insya-Allah, ada masa terluang nanti boleh ler kami berjumpa lagi. Apapun, makdara mewakili geng2 makdara mengucapkan THANK YOU SO MUCH pada makdara Kajang kerana sudi belanja kami makan & sudi share vitamin B dia utk kami semua. Semoga Allah melimpah ruahkan lagi rezeki utk makdara Kajang. Bila ada rezeki lebih lagi, jangan lupakan kami ya…
senyum....senyum tu satu sedekah

Sebagai tanda terima kasih, makdara hadiahkan ini utk makdara Kajang…sudi ler menerimanya ya…


Makdara's Gathering - part 2

Destinasi seterusnya makdara & the geng ialah TGV KLCC..emmm…nak tengok citer apa ya? Fikir punya fikir, renung punya renung, akhirnya semua setuju utk menonton cerita Geng : Pengembaraan Bermula – Upin & Ipin….hehhehe…..jangan gelakkan kami ya…walaupun kami nie dah bergelar mak2 orang tapi kami masih berminat utk menonton cerita2 cartoon…

Maka beratur ler kami membeli tiket wayang untuk 4 orang. Tak ramai orang pun masa nie..Yalah hari bekerjakan & lagipun awal tahun, tak ramai yg ambil cuti sebab biasanya orang akan simpan cuti utk hujung tahun.

Selepas beli tiket wayang tu, kami pergi ke Isetan sebab makdara damansara nak belikan hadiah valentine utk hubbynya..Makdara yg bertiga lagi tu, tukang teman jer..Apa hadiah yg makdara damansara beli? Ooops….makdara tak berani ler nak cerita…..p&c gitu…hehehhe…Sambil jenjalan kat isetan tu, kami macam terpk nak songlap makanan utk dibawa masuk ke cinema…nak tahu apa yg kitaorg songlap?

Tadaaa….ini ler yg kitaorg songlap bawa masuk…
aik? bukan ke baru jer heavy breakfast tadi? emmm... nak buat macam manakan, memang macam nielah makdara2 punya perangai..nafsu makan memang susah nak control... :)

Show start pukul 12.10 petang. Sebelum masuk tu, kami ingat nak beli popcorn lak..yalah macam tak meriah kalau tengok wayang tak makan popcorn kan…so, beratur utk beli popcorn & air coke pula….

wakil geng makdara yg ditugaskan utk membeli popcorn & coke. masih sempat berposing sementara menunggu giliran.

Lepas tu, kami masuk ler ke dlm cinema. Sebenarnya ini kali pertama kami menonton wayang bersama-sama. Emmm…memang havoc ler bila makdara tengok wayang bersama-sama…sambil menonton sambil mengunyah…sambil gelak sambil mengunyah…pendek kata sesi “mengunyah” tu memang tak boleh dipisahkan dengan kami…hehehehe…

Tapi cerita upin & ipin tu memang best ler…semua unsur ada. Ada unsur lawak, unsur saspen, unsur sedih & nasihat..Memang sesuai ler untuk semua golongan. Memang tak rugi menonton cerita upin & ipin nie…Kalau ada sesiapa yg berminat nak tahu pasal cerita nie, boleh ler layari website nie : http://www.gengthemovie.com/

Takpun korang gie jerlah tengok wayang. Kalau tak kita yg kena sokong filem tempatan, siapa lagi nak sokongkan? Betul..betul…betul… (utk sesiapa yg tak pernah tengok cerita upin & ipin, sure tak paham lawak makdara nie…)

Show habis dekat pukul 2 petang. Perut pun dah mula berkeroncong..Kat mana nak makan ya? Emmm…masih berfikir & berfikir…kena tunggu part 3 ler nampaknya kalau nak tahu makdara & the geng makan kat mana..
Lastly, jangan lupa “fikirkan masa depan ya” (sesiapa yg dah tengok filem upin & ipin jer akan faham apa yg makdara maksudkan ini).

Makdara's Gathering - part 1

Hari Jumaat yg lalu (13/02/09), merupakan hari melepak sedunia utk geng2 makdara. Kami semua sepakat mengambil cuti pada hari itu utk bertemu & berchitchat sepanjang hari. Lokasi pertama yg dipilih utk pertemuan ini adalah KL Sentral. Kami keluar dari rumah awal pagi macam nak pergi kerja tu..emmm…jgn tak percaya…pukul 8 lebih kami dah terpacak kat KL Sentral tu..hehehhe…….Tapi, kami bukan nak jenjalan kat KL Sentral pun sebenarnya, kami hanya berkumpul di KL Sentral utk menanti makdara Kajang utk mengambil kami. Lebih kurang pukul 9 pagi, kami menuju ke Lake Garden. Tujuan ke sini adalah utk breakfast di Nasi Lemak Tanglin. Tapi betapa hampanya kami, bila sampai di sana saja, tengok2…kedai tutup daaaa….takder rezeki ler nampaknya. So, kami terpaksa ler cari lokasi lain utk mengisi perut kami yg dah berbunyi nie…Bincang punya bincang, akhirnya kami menuju ke KLCC.

Tempat pertama yg dituju adalah Rasa Food Arena di Level 4, KLCC. Tak lain tak bukan utk sarapan pagi sambil berchit-chat. Sambil bercakap sambil ngap..ngap….Sungguh nikmat rasanya sebab kami memang dah lama tak bertemu & dalam masa yg sama rasa sangat gembira sebab tengok org ramai terkejar2 nak pergi kerja tapi kitaorg hanya lepak2….hehehhe….macam menjealouskan org lain jer….. :p


menu pilihan makdara damansara - keow teow goreng bersama sambal sotong

makdara sg besi - asam laksa

jgn terkejut ya sebab asam laksa pun boleh dijadikan sebagai menu breakfast :)

menu makdara kajang & langat - lontong

muka-muka gembira sebab perut dah kenyang

Sambil gebang sambil ngap, sedar tak sedar dah pukul 10 lebih. Maka kami beredar ler dari food court tu…Ini kerana kami nak menuju ke destinasi seterusnya….Dalam menuju ke destinasi yg seterusnya tu, sempat juga kami snap2 gambar & buat pelbagai aksi….Korang layan jerlah aksi2 kitaorg nie ya…..

pose2 dihadapan Rasa Food Arena


aksi minta sedekah...hehehhehe....

besornya gigi dinasour nie...

aksi "cicakgirl"

nak tahu ke mana destinasi seterusnya yg kami tuju? tunggu jerlah part 2 ya......