Friday, October 10, 2008

nak pindah..

Utk pengetahuan semua, office makdara akan berpindah ke office sementara di Jalan Sultan Ismail kerana office sekarang nie akan diubah suai (renovation). Dijangka kami akan berada di Jln Sultan Ismail selama setahun, di mana akhir tahun depan kami akan berpindah semula di Damansara nie. Bila sebut pindah jer, banyak ler kerja yg nak diuruskan. Mana nak letak kabinet kat office baru nanti, berapa banyak perabot yang boleh dibawa pindah, mana nak letak fail2 lama dan sebagainya lagi. yalah dengar cerita office sementara makdara tu lebih kecil keluasannya berbanding sekarang, maka bukan semua perabot/fail2 boleh diangkut pindah. Hanya sebahagian ajer yg boleh dibawa bersama, selebihnya kena letak dalam stor/ gudang yang disewa. Maka insan yang bertanggungjawab utk menentukan segala hal yang berkaitan dengan pindah memindah nie adalah minah cute kat dlm gambar tu...si jejaka yang berbaju biru tu sebagai pembantu bidan terjun...hehehe...kesian dia...tak dapat nak layan internet during lunch hour sebab kena tolong boss buat kerja..kalau korang nak tahu minah cute tu adalah boss makdara...dia duduk belakang makdara jer..tapi dia seorang boss yang sporting..walaupun kekadang during office hour dia ternampak makdara curi2 layan blog, dia tak kisah asalkan kerja siap..tp, bila dia bagi kerja kat makdara, cepat2 ler makdara buat. eh! jgn salah paham ya...makdara bukan kaki kipas boss...tapi dia nie tak padan kecik tau, kalau dia tengah marah...peh! boleh sampai tahap tsunami gitu...hehehhee.....sorry boss...

tgh bincang tentang kedudukan kabinet/ perabot di office baru

sempat posing walaupun bz...smile....

2 comments:

PerantauSepi1306 said...

owh.. nak pindah kat jalan sultan ismail yek.. leh aa cuci mata sokmo sementara dok kat situ

makdaracute said...

boleh le try makan kat sari ratu kat lot 10 nanti..nallerekk