Friday, November 28, 2008

shopping

Semalam makdara plan sharp 5.30 petang, makdara nak pergi KLCC. Tapi start pukul 5 petang hujan turun dengan selebat-lebatnya. Bukan setakat lebat jer tapi dengan angin kuat sekali. Pendek kata kalau makdara guna payung pun sure basah gak. So, sementara tunggu hujan reda, makdara cuba selesaikan sudoku. Makdara ambil soalan sudoku ni dari akhbar The Star. Tunggu punya tunggu, akhirnya pukul 7.25 petang baru makdara keluar dari office…itupun hujan belum betul2 berhenti..masih gerimis lagi. Lebih kurang 15 minit jalan kaki, sampailah tempat yang dituju – KLCC.

Tempat pertama yg dituju adalah foodcourt – Signature. Perut dah berkeroncong so kena bagi perut nie diam dulu barulah boleh gie jenjln. Walaupun pergi ke foodcourt tapi makdara sebenarnya nak makan burger mcD. So, menu dinner makdara adalah set medium double mcchicken…emmm…nyum…nyum…pastu siap beli cekak rambut Madagascar…hehehe…tetiba macam nak jadi kanak2 riang ria lak…

Lepas makan makdara pergi survey hadiah krismas kat lovely lace. Masih tak jumpa yang sesuai..Makdara sebenarnya kena bagi hadiah krismas nie kat staff lelaki..Makdara memang fail kalau nak bagi hadiah kat lelaki. Kalau utk perempuan, banyak ler pilihan…macam2 boleh bagi. Pastu makdara gie lak ke Isetan. Aik! Isetan dah tutup..ooohh..tutup awal sebab nak buat preparation for sale. Semalam Isetan beroperasi sampai kul 7 jer…emmm…mana lagi nak pergi ya?? Makdara masuk lak Parkson. Pusing punya pusing akhirnya makdara jumpa hadiah yg makdara rasa sesuai utk diberikan kepada officemate makdara. Sebenarnya kitaorg dah cabut undi dah..Kitaorg dah tahu dah nak kena bagi hadiah kat siapa..Apa hadiah yg makdara beli? Oops! Tak boleh cakap…secret beb…nanti ler bila dah lepas acara exchg gift tu, baru makdara tunjuk apa yg makdara beli…Masa tunggu salesgirl parkson cari kotak utk hadiah yg makdara beli tu, makdara tanya ler adik tu bila start sale? Dia kata esok start kak…ya kengkawan maknanya 28/11/2008 maka sudah bermulalah mega sales…..marilah bershopping utk menjana ekonomi negara…hehehhehe…tapi shopping2 gak, jgn sampai merundum lak ekonomi rumahtangga…ok, kengkawan SELAMAT BERSHOPPING…

2 comments:

Anonymous said...

ooohh.. sudah beli rupanya yer...selesai dah tak yah fikir2... akak gak yg blm beli lagiks nie... jom next week teman akak yoo... hihihi....

makdaracute said...

don't worry...next week kita sama2 gie beli akaknya lak...