Thursday, July 31, 2008

I Feel Blues When....

  1. Teringat kisah cintan cintun sebelum kawin.
  2. Dengar lagu2 rock kapak tahun 80an ngan 90an.
  3. Misunderstanding with hubby.
  4. Period.
  5. When it comes into sakit hati or terasa dengan parents..tension tension..

Arghhhhhh....geram geramm...

Kg Baru??





Hmmm..today mak dara tun razak tension giler menyaksikan kebahagian kengkawan yg kat Damansara menikmati hidangan yg sangat lazat kat Kg Baru... me?? hanya tapau n makan kat ofis.. sungguh tidak interesting...what do do..in malaysia market now..(sila habiskan ayat tu duhai kawan2 mak dara sekelian)... anyhoo, mak dara teringin betul nak makan kat kg baru yg ada tempe paling sedap di dunia..nanti2 la tunggu mak dara tun razak dah habis probation period, barulah boleh mengganas..sometimes tu la yg tak best kalau masuk tempat baru.. kena buat2 baik..



I'm am wondering apa yg mak dara sorang lagi kat Damansara buat sekarang nie... next monday die dah start keje..semalam die bawak kek coklat paling sedap di dunia..almaklumlah pakai mixer hadiah dari hubby tersayang...



Okay lah..saje je nak paste gamba anak mak dara tengah tido...selamat bekerja kawan2...




Tuesday, July 29, 2008

nenek dara

Dah lama mak dara tak menjenguk ke blog mak dara nie..almaklumlah mak dara bz dengan kerja-kerja di office..bz menyiapkan interim report..sekarang nie baru boleh bernafas sebab report dah siap dan dah pass to boss…boss tengah review..anak mak dara pulak baru2 nie terkena virus tangan, kaki dan mulut…tak pasal2 mak dara kena ambil cuti 3 hari sebab kena jaga anak…nak buat macam mana, walaupun kerja di office menimbun..tapi demi anak, mak dara terpaksa gak cuti…oh ya, pada 12 & 13 Julai yang lalu, mak dara telah mengikuti company trip ke bukit tinggi…mak dara & geng join treasure hunt…nie ler first time mak dara join treasure hunt…seronok gak, walaupun memenatkan…nanti bila free, mak dara akan post gambar2 di bukit tinggi..untuk kali nie, mak dara hanya nak cerita pasal nenek dara yang telah memenangi grand prize utk lucky draw masa company trip tuhari….sungguh tak sangka…nenek dara memenangi wang tunai RM10,000…sampai tak boleh nak berkata2 nenek dara masa malam dinner tu…menangis pun iya gak…biasalah nenek dara nie bolehlah juga dikategorikan sebagai ratu air mata…samalah macam sorang kawan mak dara tu yg sejak 2 menjak nie dah jadi auditor kat sc…apa ntah yg diauditnya….asyik2 ke sc…hehehe…dia tu pun ratu air mata gak…boleh ler kalau nak gantikan neng yatimah atau azean irdawaty..oklah di bawah nie gambar2 kemenangan nenek dara utk tatapan semua…oh ya, nenek dara mungkin akan guna duit tu untuk pergi umrah/ haji…untuk sementara nie dia akan simpan duit tu dalam tabung haji..semoga impian nenek dara utk ke tanah suci tercapai…amin.












Tuesday, July 1, 2008

Ulu Tamu, Ulu Yam

Projek mandi manda di Ulu Yam nie sebenarnya dah lama geng-geng mak dara plan. Tapi we all kena tunggu sorang mak dara kat jln tun razak tu coz dia baru start kerja, so takleh ambil cuti. So, bila HR kata boleh ambil cuti jer, apa lagi mak dara jln tun razak pun terus ambil dan we all punya projek pun terus on ler..Hari Jumaat (27/06/2008), 5 mak dara bersama seorang nenek dara telah sepakat menuju ke Ulu Yam. Lebih kurang pukul 8.45pagi, semua telah berkumpul di KL Sentral. Kami naik satu kereta jer ya..almaklumlah nama pun mak dara cute, tu yang boleh naik satu kereta jer..hehehe....Dalam perjalanan tu, tuhan jer lah yg tahu betapa meriahnya mak dara-mak dara nie bila dah berkumpul. Terutamanya mak dara yg kat jln tun razak tu. Almaklumlah sejak berpindah ke jln tun razak nie, mak dara nie terpaksa mengawal kelakuannya. Member-member baru kat sana semuanya jenis control ayu dan makan pun control gak. Bukan macam mak-mak dara kat Damansara nie, semuanya buruk lantak.

Dalam perjalanan tu. Kitaorang sempat singgah di sebuah tasik. Tak tahulah nie tasik asli atau tasik buatan. Yang pastinya memang cantik tasik nie.Kitaorang hanya berposing ajer di tasik nie.






Yeah! dah sampai tempat yang di tuju.. Nie lah tempatnya yang terletak di kawasan Ulu Tamu, Ulu Yam.


Kitaorang sampai di Ulu Tamu, Ulu Yam nie lebih kurang pukul 10.00pagi. Nenek dara bila sampai jer terus buat solat Dhuha, tapi mak-mak Dara terus sibuk tengok sungai.. Nie ler sungai tempat kitaorang mandi manda tu..





Kitaorang berendam dalam sungai nie sampai hampir pukul 12.00 tengahari..Oleh kerana mak dara merangkap pilot kitaorang pada hari tu terlupa membawa nasi yg telah dimasak di rumah, maka mak dara a.k.a pilot bersama nek dara pun terpaksalah keluar utk mencari sesuap nasi utk di berikan kepada mak-mak dara yang dah kebuluran nie…sementara menunggu, 4 mak dara sibuk makan muruku dan kerepek utk mengalas perut. Tapi sorang mak dara dari jln tun razak nie lagi suka berendam dari memakan kerepek. Almaklumlah perut dah terbiasa lunch pukul 1.00 petang dan biasa makan salad jer..hik…hik…hik…bila nasi sampai jer, apa lagi kitaorang pun makan macam dah setahun tak jumpa makanan.



Lepas makan, kitaorang sambung lagi berendam. So lebih kurang pukul 2.00 petang barulah kitaorang stop berendam. Itupun disebabkan air sungai telah bertukar kaler..daripada jernih telah menjadi keruh…sebab hari dah hujan. Maka mak dara pun hanya melepak-lepak di chalet…pastu bertolak balik lebih kurang pukul 4.00 petang dan sampai di kl lebih kurang 5.00 petang.







Nielah pose-pose mak-mak dara dan nenek dara sebelum we all meninggalkan ulu tamu nie..korang tengoklah betapa dasyatnya mak-mak dara nie, sampaikan buah durian dan pokok nanas pun nak ambil gambar...










Sepi Di KLCC


Semalam sebelum pukul 5.30ptg, mendapat berita sedih. Sedih kerana akan kehilangan seorang kawan. Bukan kehilangan untuk selamanya, hanya tidak boleh berjumpa setiap hari. Tak mengapalah sahabatku..kita berpisah untuk mengejar impian hidup. Moga dikau berjaya dunia dan akhirat.

Semalam pukul 8.30 malam mak dara bersama adik mak dara menonton filem SEPI di KLCC. Ramai pelakon-pelakon handalan yang terlibat dalam filem ni. Antaranya Afdlin Shauki, Vanidah Imran,Eja, Nasha Aziz, Tony Eusoff, Reizman, Baizura Kahar, Syed Hussein, Pierre Andre dan ramai lagi..

Filem nie mengisahkan tentang 3 insan yang bernama Adam (Afdlin Shauki), Sufi (Tony Eusoff) dan Imaan (Baizura Kahar). Adam seorang tukang masuk yang mempunyai restoren sendiri dan mahir membuat kek. Masih membujang dan dunianya sepi kerana masih tidak berteman. Sufi pula dunianya sepi kerana kehilangan isteri tersayang buat selamanya dan Imaan sepi kerana kekasihnya telah mati ditikam disebabkan satu pergelutan. Ketiga-tiga insan ini telah bertemu dalam satu insiden yang tragis...Gitulah secara ringkas yang mak dara boleh simpulkan pasal filem Sepi nie...Apa yang mak dara boleh katakan filem nie best sebab gandingan mantap pelakon-pelakonnya, lagu-lagu backgroundnya yang best dan cara filem ini di shoot. Mak dara paling suka watak Imaan sebabnya kalau korang tengok citer nie mula-mula mesti korang ingat memang Khalil (Pierre Andre) tu kekasih dia. Sebenarnya Khalil tu dah mati, selama nie dia cakap sendiri jer sebenarnya...tapi dalam dunia dia seolah-olah Khalil tu masih wujud.

Satu jer mak dara rasa kekurangan filem nie yalah dia mengajar manusia utk ikut kata hati semata-mata untuk mengejar cinta...tapi pada mak dara cinta bukanlah segalanya, kita kena juga mengunakan akal untuk membuat sesuatu keputusan dalam hidup nie..Itu pendapat peribadi mak dara sajer ya...lain orang mungkin lain pula pandangannya.

oklah korang mak dara terpaksa mengundur diri sebab banyak kerja-kerja office yang tak settle lagi nie..Ketemu di lain masa...babay....