Tuesday, July 1, 2008

Sepi Di KLCC


Semalam sebelum pukul 5.30ptg, mendapat berita sedih. Sedih kerana akan kehilangan seorang kawan. Bukan kehilangan untuk selamanya, hanya tidak boleh berjumpa setiap hari. Tak mengapalah sahabatku..kita berpisah untuk mengejar impian hidup. Moga dikau berjaya dunia dan akhirat.

Semalam pukul 8.30 malam mak dara bersama adik mak dara menonton filem SEPI di KLCC. Ramai pelakon-pelakon handalan yang terlibat dalam filem ni. Antaranya Afdlin Shauki, Vanidah Imran,Eja, Nasha Aziz, Tony Eusoff, Reizman, Baizura Kahar, Syed Hussein, Pierre Andre dan ramai lagi..

Filem nie mengisahkan tentang 3 insan yang bernama Adam (Afdlin Shauki), Sufi (Tony Eusoff) dan Imaan (Baizura Kahar). Adam seorang tukang masuk yang mempunyai restoren sendiri dan mahir membuat kek. Masih membujang dan dunianya sepi kerana masih tidak berteman. Sufi pula dunianya sepi kerana kehilangan isteri tersayang buat selamanya dan Imaan sepi kerana kekasihnya telah mati ditikam disebabkan satu pergelutan. Ketiga-tiga insan ini telah bertemu dalam satu insiden yang tragis...Gitulah secara ringkas yang mak dara boleh simpulkan pasal filem Sepi nie...Apa yang mak dara boleh katakan filem nie best sebab gandingan mantap pelakon-pelakonnya, lagu-lagu backgroundnya yang best dan cara filem ini di shoot. Mak dara paling suka watak Imaan sebabnya kalau korang tengok citer nie mula-mula mesti korang ingat memang Khalil (Pierre Andre) tu kekasih dia. Sebenarnya Khalil tu dah mati, selama nie dia cakap sendiri jer sebenarnya...tapi dalam dunia dia seolah-olah Khalil tu masih wujud.

Satu jer mak dara rasa kekurangan filem nie yalah dia mengajar manusia utk ikut kata hati semata-mata untuk mengejar cinta...tapi pada mak dara cinta bukanlah segalanya, kita kena juga mengunakan akal untuk membuat sesuatu keputusan dalam hidup nie..Itu pendapat peribadi mak dara sajer ya...lain orang mungkin lain pula pandangannya.

oklah korang mak dara terpaksa mengundur diri sebab banyak kerja-kerja office yang tak settle lagi nie..Ketemu di lain masa...babay....



No comments: