Monday, February 16, 2009

Makdara's Gathering - part 2

Destinasi seterusnya makdara & the geng ialah TGV KLCC..emmm…nak tengok citer apa ya? Fikir punya fikir, renung punya renung, akhirnya semua setuju utk menonton cerita Geng : Pengembaraan Bermula – Upin & Ipin….hehhehe…..jangan gelakkan kami ya…walaupun kami nie dah bergelar mak2 orang tapi kami masih berminat utk menonton cerita2 cartoon…

Maka beratur ler kami membeli tiket wayang untuk 4 orang. Tak ramai orang pun masa nie..Yalah hari bekerjakan & lagipun awal tahun, tak ramai yg ambil cuti sebab biasanya orang akan simpan cuti utk hujung tahun.

Selepas beli tiket wayang tu, kami pergi ke Isetan sebab makdara damansara nak belikan hadiah valentine utk hubbynya..Makdara yg bertiga lagi tu, tukang teman jer..Apa hadiah yg makdara damansara beli? Ooops….makdara tak berani ler nak cerita…..p&c gitu…hehehhe…Sambil jenjalan kat isetan tu, kami macam terpk nak songlap makanan utk dibawa masuk ke cinema…nak tahu apa yg kitaorg songlap?

Tadaaa….ini ler yg kitaorg songlap bawa masuk…
aik? bukan ke baru jer heavy breakfast tadi? emmm... nak buat macam manakan, memang macam nielah makdara2 punya perangai..nafsu makan memang susah nak control... :)

Show start pukul 12.10 petang. Sebelum masuk tu, kami ingat nak beli popcorn lak..yalah macam tak meriah kalau tengok wayang tak makan popcorn kan…so, beratur utk beli popcorn & air coke pula….

wakil geng makdara yg ditugaskan utk membeli popcorn & coke. masih sempat berposing sementara menunggu giliran.

Lepas tu, kami masuk ler ke dlm cinema. Sebenarnya ini kali pertama kami menonton wayang bersama-sama. Emmm…memang havoc ler bila makdara tengok wayang bersama-sama…sambil menonton sambil mengunyah…sambil gelak sambil mengunyah…pendek kata sesi “mengunyah” tu memang tak boleh dipisahkan dengan kami…hehehehe…

Tapi cerita upin & ipin tu memang best ler…semua unsur ada. Ada unsur lawak, unsur saspen, unsur sedih & nasihat..Memang sesuai ler untuk semua golongan. Memang tak rugi menonton cerita upin & ipin nie…Kalau ada sesiapa yg berminat nak tahu pasal cerita nie, boleh ler layari website nie : http://www.gengthemovie.com/

Takpun korang gie jerlah tengok wayang. Kalau tak kita yg kena sokong filem tempatan, siapa lagi nak sokongkan? Betul..betul…betul… (utk sesiapa yg tak pernah tengok cerita upin & ipin, sure tak paham lawak makdara nie…)

Show habis dekat pukul 2 petang. Perut pun dah mula berkeroncong..Kat mana nak makan ya? Emmm…masih berfikir & berfikir…kena tunggu part 3 ler nampaknya kalau nak tahu makdara & the geng makan kat mana..
Lastly, jangan lupa “fikirkan masa depan ya” (sesiapa yg dah tengok filem upin & ipin jer akan faham apa yg makdara maksudkan ini).

No comments: