Monday, August 25, 2008

2nd Anniversary - 19.08.2008

19 Ogos 2008, genaplah 2 tahun usia perkahwinan mak dara. Cuma beza 2 hari dari tarikh perkahwinan Siti Nurhaliza (21 Ogos 2008).hehehe…macam glamer lak sebab tarikh kahwin dekat2 dgn celebrity punya tarikh kahwin. Mula-mula plan nak sambut anniversary nie dengan candle light dinner. Yalah tahun lepas makdara sambut anniversary ketika dalam pantang bersalin. So, kiranya nielah 1st time nak sambut kat luar. Ingat nak makan kat Federal Hotel, Bukit Bintang. Kenapa mak dara nak makan kat sana? Sebab ada restoren berputar, alah macam kat KL Tower tu…Bila mak dara beri cadangan ni kat hubby, jawapan dia adalah “tak nak bawa Aqid ke? kesian dia kena tinggal”..emmm…so tukar programlah…daripada dinner kat hotel kepada makan kat Bora Ombak, Ampang. Daripada nak sambut pada 19 Ogos, tukar kepada 23 Ogos..sebab weekdays leceh sikit..nak kena ambil Aqid kat nursery dulu, pastu baru leh gie makan…nak layan jem lagi…uuii..tak kuasalah mak dara..dahlah last week makdara puasa straight sebab puasa tak habis ganti lagi..

So, pada petang Sabtu 23 Ogos, pukul 5.30 petang kitaorg keluar dari rumah menuju ke Bora Ombak melalui Bukit Ampang, walaupun petang Sabtu tu hujan, tapi kitaorg tetap teruskan plan kitaorg..Sebenarnya makdara & hubby memang tak pernah gie Bora Ombak nie…maka pada petang Sabtu tu mak dara & hubby ala-ala macam masuk treasure hunt mencari di manakah Bora Ombak…kih…kih…maka makdara telah meminta bantuan dari makdara yg duk di Damansara tentang lokasi Bora Ombak..Akhirnya kami sampai di Bora Ombak pada pukul 6.30 petang..

Mula-mula macam nak duduk di pondok-pondok di luar restoren tu..tapi sebab hari hujan, maka makdara boleh duduk di bahagian dalam restoren jer..Masa makdara & family sampai, hanya ada sepasang kekasih melayu yang duduk di bahagian tengah-tengah restoren..suasana dalam restoren memang romantic habislah..dan perbualan antara pasangan kekasih tu macam dengar tak dengar jer…yalah duduk pun rapat-rapat..tapi keromantikan diaorang terganggu dek suara si Aqid..hehehe…mesti diaorang tensionnyer..

Makanan kat sana okaylah..Makdara order chicken chop & hubby order sizzling mee…sebenarnya hubby makdara kena makan yang lembut-lembut jer sebab hari jumaat tu dia baru lepas cabut gigi..so, pilihan terbaik adalah makanan yang berunsurkan mee…itupun daging-daging yang ada dalam sizzling tu takleh makan sebab gusi rasa sakit lagi.. Tapi suasana dalam restoren tu memang cantik dan romantic..Pukul 7.30malam, makdara & family meninggalkan Bora Ombak. Masa keluar dari Bora Ombak tu, couple tadi tu masih ada lagi dan takder customer lain selain daripada mereka..so, bolehlah mereka sambung semula suasana romantic…hehehe…

Doa dan harapan makdara moga hubungan perkahwinan makdara & hubby berkekalan hingga ke akhir hayat..Moga kasih dan cinta antara kami subur dan sentiasa berkembang. Moga dirahmati Allah. Amin.









2 comments:

PerantauSepi1306 said...

happy anniversary to u too... semoga berkekalan dan bahagia ke akhir hayat

Anonymous said...

HAPPY ANNIVERSARY..FID

semoga bahagia selamenye..yek and bile Aqid nak dapat adik nie..cepat2 laa