Tuesday, August 5, 2008

Besday Aqid Rafiq Razali

Diam tak diam dah setahun berlalu. Pada 31 Julai 2008, genaplah anak mak dara berusia 1 tahun. Rasanya macam baru semalam aje mak dara kecoh nak bersalin. Bila diimbas kembali setahun yang lalu, 30 Julai 2007 (Isnin), mak dara berkerja macam biasa. Baru saja menyiapkan interim report 2007. Petang tu, macam biasa lepak kat KLCC sebab kena tunggu hubby. Sementara tunggu hubby tu, teringin nak makan KFC. So, masuk KFC dan makan sorang-sorang. Tak lupa tapau KFC untuk hubby sbb mak dara memang malas nak masak. Sampai rumah lebih kurang pukul 9.00 malam. Macam biasa, mandi dan lepas tu lepak tengok tv. Lepas tu masuk tidur. Pukul 3.00 pagi, mak dara terjaga sebab kucing mak dara yang bernama Tom nak makan. Tom ni memang pelik sikit. Pepagi buta pun dia nak makan, macam nak bersahur pula. Pastu cara dia kejut pula, memang sure mak dara akan terbangun punya ler sebab dia akan mengiau dekat telinga mak dara. Satu hobi si Tom nie ialah suka duduk atas perut mak dara. Bayangkanlah dengan perut mak dara yang memboyot tu, boleh dia landing atas perut mak dara. Berbalik kepada peristiwa pagi 31 Julai tu, mak dara pun menuju ke dapur dan memberi makan kepada Tom. Kemudian mak dara kembali ke bilik tidur. Bila mak dara nak baring jer, mak dara terasa ada air mengalir di peha mak dara. Mak dara kejutkan hubby mak dara dan beritahu dia apa yang berlaku. So, kami ambil keputusan yang mak dara kena pergi hospital sebab dah keluar tanda2 nak bersalin. Lebih kurang pukul 6.30 pagi, mak dara kena register kat wad. Mak dara takder rasa sakit nak bersalin pun, tapi rasa sakit pinggang sikit2 tu adalah. Pukul 3.00 petang mak dara dah kena masuk labor room sebab dah buka 3 cm. Tapi, tunggu punya tunggu sampai pukul 11.00 malam, tetap 3 cm jer…Maka, dipendekkan cerita pukul 11.30 malam, mak dara telah diusung ke dalam bilik bedah. Mak dara telah selamat melahirkan insan yang bernama AQID RAFIQ BIN RAZALI pada pukul 11.47 malam melalui kaedah ceaserean. Tak mengapalah yang penting semuanya selamat.

Dikesempatan ini juga, mak dara nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 mak dara yang tak jemu2 cuba memenuhi selera mak dara nie sepanjang tempoh masa mak dara pregnant. Perkara yang paling mak dara ingat sampai sekarang ialah semasa mak dara & sahabat2 mak dara pusing keliling midvalley semata-mata untuk mencari kuih bulan…hehehe sungguh lawak bila dikenang…Lagi sekali mak dara ucapkan terima kasih atas kasih sayang yang sahabat2 semua berikan. Juga, betapa pantasnya korang menuju ke HUKM semata-mata nak melawat mak dara & baby mak dara, walaupun semasa kunjungan kalian, mak dara tak mampu untuk bergerak lagi pun. Ini kerana mak dara terpaksa baring sepanjang hari selepas pembedahan tu. Terima kasih sahabat-sahabatku. Moga kasih sayang dan perhubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat..

So, dibawah nie aksi2 dari anak mak dara untuk tatapan semua.















2 comments:

PerantauSepi1306 said...

happy belated besday! semoga murah rezeki dan diberkati selalu

makdaracute said...

terima kasih...mak dara yg nie pun selalu melawat perantausepi punya blog...maaflah ya sebab masuk tanpa izin...kenal perantausepi melalu acik..