Sure suspen kan bila baca title kat atas…ya itulah hakikatnya…makdara mengidam nak makan pizza hut sempena ramadhan punya…jangan salah paham ya…makdara mengidam bukan bermakna aqid nak dapat adik…tapi mengidam sebab terpengaruh dengan gambar iklan kat bawah nie. Hehehe..

Hari Ahad lak, makdara & family sibuk mengemas umah..nak rayalah katakan…walaupun makdara beraya di kampung, tapi umah sendiri naklah juga hias sikit-sikit kan. Oleh kerana dah penat mengemas, so makdara malas nak memasak. Maka lagi sekali kami menuju ke pizza hut jusco cheras selatan. Masa kami sampai pukul 6.00 petang..punyalah ramai orang. Semua meja dah penuh dan masih ramai yg Q menunggu giliran. So, hubby makdara kata try tengok kat pizza hut giant, taman connought. We all sampai lebih kurang pukul 6.45 petang. Punyalah terkejut bila tengok banyak meja yg masih kosong. Mula2 ingat meja yg kosong tu dah ada utk reservation, bila tanya staff pizza hut tu, dia kata memang kosong ler meja tu…alhamdullilah akhirnya dapat juga mak dara makan pizza hut…terima kasih kat hubby kerana memenuhi hajat mak dara tu…takut kempunan lak anak tekak makdara ni kalau tak dapat makan..hik..hik..hik…tapi sorry ler ya, makdara tak sempat nak snap gambar pizza tu, sebab bila masuk waktu berbuka jer, dengan pantasnya makdara ngap tanpa tengok kanan kiri… makdara makan guna tangan tau…typical malay ke makdara nie? Oh! tidak…makdara bukan typical malay…tapi bila makan pizza guna garfu & sudu macam tak feel gitu…hehehe…makdara sorang kut yg terasa macam tu…
No comments:
Post a Comment