Tuesday, September 23, 2008

Salam Lebaran


Assalamualaikum w.b.t

Sempena bulan Syawal yg bakal tiba tidak lama lagi, makdara ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidfilfitri…Maaf Zahir & Batin” kepada yg mengenali diri makdara..Jika ada salah and silap, terkasar bahasa atau yg menyinggung perasaan makdara memohon kemaafan pada korang sumer yer…makdara akan bercuti mulai hari isnin depan hingga la ujung minggu…lama kan? Macam la makdara ni nak balik kg jauh sangat..padahal balik desa pandan dgn klang..sekangkang kere je..pada yg balik ke kg halaman baik ke utara, selatan, timur atau barat makdara doakan semoga selamat pergi dan pulang ye..pandu cermat nyawa selamat…

Sebelum mengakhiri ucapan ini makdara nak sampaikan beberapa rangkap pantun utk korang2 sumer…layannn

Pergi ke kedai membeli santan,
Santan di letak di atas peti,
Silap dan salah minta di maafkan,
Jangan simpan di dalam hati.

Walau jauh bukan halangan,
Ucapan dihantar tanda persahabatan,
Ku pohon maaf selama berkawan,
Salam Aidilfitri tanda ingatan

Salam Lebaran,

makdara damansara08

1 comment:

PerantauSepi1306 said...

Siap pantun u... salam aidilfitri juga untuk makdara semer...