Thursday, March 19, 2009

Family Day – 13 March 2009

13-15 March yg lalu merupakan family day hubby makdara. Family Day Haji Ramli & Hajah Sinah.

Lokasinya adalah di Penang & Bukit Merah. Dalam family Haji Ramli nie ada 5 orang anak – seorang lelaki & 4 orang perempuan. 4 orang telah berkahwin. Cucu pula seramai 10 orang. Maka kesemuanya adalah seramai 21 orang.


Pada awal pagi 13 March, ketika hujan renyai-renyai, kami dah berkumpul di rumah Angah. Lebih kurang pukul 8.30pagi, kami bertolak menuju ke Jalan Duta dan seterusnya memasuki highway ke utara. Destinasi pertama yg ingin dituju adalah Penang. Pada pagi tu, hujan agak lebat, maka perjalanan agak perlahan.



Lebih kurang pukul 11 lebih, kami berhenti di R&R Tapah utk berehat seketika sambil mengisi perut yg dah mula berkeroncong. Menu kami adalah nasi lemak yg telah disediakan oleh mak & kakak-kakak ipar makdara. Makdara tumpang makan jer. Hehehhee…

Lebih kurang pukul 12.30 kami meneruskan perjalanan. Alhamdullilah, kami selamat tiba ke Pulau Mutiara atau lebih dikenali dengan nama Pulau Pinang. Destinasi pertama adalah Bukit Bendera. Lebih kurang pukul 3.15 kami menaiki train utk ke atas bukit bendera. Memang sangat meriah bila gie beramai-ramai nie…Sebenarnya makdara dah pernah naik pun bukit bendera..tapi dah lama dah…kalau tak silap makdara adalah lebih kurang 7 tahun yang lepas. Masa tu makdara pergi dengan adik makdara. Masa tu makdara masih student lagi pun…Sekarang nie naik dah bawa anak pulak…Terasa cepat betul masa berlalu….


Naik train utk mendaki bukit bendera nie mengambil masa 1/2 jam. Sampai dipertengahan, kita kena tukar train lain pula.so, kena cepatlah masa nak tukar train tu sebab nak berebut tempat. Kalau tak ramai pengunjung, tak payahlah nak berebut. Tapi masa kami pergi nie, agak ramai pengunjung, so kenalah cepat bergerak utk bertukar ke train yg lain. Sampai diatas, macam biasa xtvt pertama adalah sesi bergambar..sambil berjalan sambil bergambar. Cuaca agak panas masa tu. Maka,utk menghilangkan dahaga kami berehat seketika di kedai-kedai yg terdapat di atas bukit bendera. Masing-masing dengan minuman pilihan masing-masing. Ada yg memilih milo ais, abc, air kelapa & ada gak yg mencuba laksa penang. Makdara lak hanya memilih air kelapa. Yang bestnya air kelapa nie, air kelapa original, tak campur ngan air & tak campur ngan ais pun…minum terus dari buah kelapa. Makdara & hubby memang kurang gemar minum minuman yg berais terutama sekali di waktu cuaca panas..bukan apa..takut batuk jer…Tapi org kata kalau kita tak minum ais, kita akan awet muda…hik..hik..hik…awet muda ke? :p

Selepas menghilangkan dahaga, kami bershopping lak…Makdara cuma beli tshirt utk anak makdara jer..Mak mertua lak ada belikan baju utk makdara & kakak-kakak ipar makdara..& kami dah berpakat utk memakainya pada hari terakhir family day nanti iaitu pada 15 March 2009.
Setelah puas melihat pemandangan pulau pinang dari bukit bendera nie, lebih kurang pukul 5.30 petang, kami menaiki train utk turun pula. Selepas selamat tiba di kaki bukit bendera, lagi sekali kami bergambar..biasalahkan…bila kita pergi holiday nie, xtvt bergambar memang tak boleh dipisahkan..Kalau boleh semua sudut nak dirakam sebagai kenangan.. J


Seterusnya kami menuju ke Batu Feringgi. Di Batu Feringgi, kami akan menginap di Apartment Petronas. Kami sampai di apartment petronas lebih kurang pukul 6.30 petang. Setelah selesai urusan pendaftaran & mengangkat barang-barang ke dalam bilik, makdara, hubby, aqid & adik ipar menuju ke tepi pantai. Bestnya rasa angin tepi pantai nie walaupun pantainya taklah bersih sangat..bukan kotor dengan sampah sarap, tapi dengan ranting-ranting kayu….mungkin ranting-ranting kayu nie dibawa oleh air pasang dan bila air surut, ranting-ranting nie tersadai kat tepi pantai. Makdara tak pandai berenang sebenarnya, maka makdara duduk kat tepi pantai jerlah…duduk berendam dalam air. Lepas tu, kami masuk lak kat kolam renang di apartment petronas. Kolam renang nie sebenarnya untuk kanak-kanak, tapi bukan setakat kanak-kanak jer yg dok sibuk mandi kat kolam nie, mak & bapak budak pun join sekali…hehehehe…


Pada sebelah malamnya pula, kami makan beramai-ramai di kedai makan tepi pantai. Menu kami adalah tomyam, ikan masak 3 rasa, ikan masak sweet sour, ayam goreng kunyit & kalian ikan masin yang tak rasa masin..Secara keseluruhannya, memang sedaplah makanan kat kedai nie, tapi kena makan dalam keadaan yang panas sebab kedai nie takder kipas angin. Mungkin pihak kedai nie mengharapkan angin dari laut, tapi….bukan kuat sangat pun angin dari arah laut tu…so, memang panas ler rasanya. Bila dah dalam keadaan panas & badan pun dah letih sebab dah seharian berjalan ditambah lak mata dah mula mengantuk, maka ianya memang menjadi alasan yang sangat kukuh utk anak makdara – Aqid utk meragam..

Selesai jer makan, kami pun kembali ke apartment. Semasa dalam kereta lagi, si Aqid dah terlena.. Sampai di apartment lebih kurang pukul 10.30 malam.. esok banyak lagi aktiviti yang nak dilakukan. Nak tahu apa xtvt kami seterusnya…tunggu jerlah sambungannya ya…..

2 comments:

Anonymous said...

fuh... gumbira sungguh bila dpt berkumpul reramai cam gitu...

Anonymous said...

waaa...happy family..sonok nampak sesekali berkumpul ye..nice pic's.. :)